Wednesday, 9 March 2016

Resepi Laksam Sedap mama wawa

Assalamualaikum...
Dah masuk fasa terakhir bulan Ramadhan. Semoga keberkatan dan kemuliaan malam 1000 bulan itu menjadi milik kita. In Sya Allah.. Aminnn :-)

Tapi hari ni nak cita tentang resipi bermusim aku. Cewahhh macam terror nau masaknya. Hikhikhik. Walhal semua kaum kerabat and sahabat terhandal aku tau aku lah manusia paling tak gheti masak. Wakakaka... Almaklumlah, kat umah semua mak yang masak. Nak suruh aku tolong memang hampeh ler.. 10 kali mak panggil tak gerak lagi, last-last mak menyampah so buat sendiri.. Huhu. Now dah dok sendiri baru terhegeh-hegeh cari resipi sana sini sinun macam mana nak masak kan. Padan muka. Haha..

Ok, setiap kali bulan puasa mesti teringin sungguh nak makan laksam. Last year pun macam tu juga. So kiranya laksam ni resepi bermusim aku lah. Tahun lepas bulan puasa juga dah try buat sekali tapi time tu buat dengan my friend so kiranya ada pembantu lah. Ye lah beli makan tak puas, sedapnya belum tentu. Hehe.. Pandai mengomen kan. Ahakss.. 1st time buat last year, laksam tu susah nau nak buat, melekat-lekat kat tudung periuk and sangatlah buruk rupanya. Mujur sedap, so berbaloi la juga dok bersauna depan dapur tu kan.



So, tahun ni buat lagi. Tapi kali ni dah terror dah sebab buat sorang-sorang jer and laksam tu pun jadi cantik. Wahhhh... puji diri sendiri uollss. Haruslah kan!! Yakin and percaya pada diri sendiri, sayangi diri sendiri ^_^
Tapi still cari resipi juga.. Haha. Tak ada lah terror nau nak hafal resipi setahun sekali tu cuma ingat-ingat lupa jer lah bahan-bahan and cara masak dia. Maka, kat sini nak share la resipi laksam yang sedap, mudah dan cepat ini dengan korang. So hasil tanya pakcik G, maka yakinlah dengan resipi yang diberi. Dua tempat aku refer, satu kat blog My Resipi ni and satu lagi kat blog kakak manis ni irsyahealthyhouse. Thank u sebab sudi share resipi ni. So, dah tahu camna cara nak bagi laksam tu tak melekat kat bekas and boleh kalau tak pakai tudung periuk. Dulu kecik-kecik selalu tengok arwah tok sedara buat laksam ni. Nampak mudah jer arwah buat, lekang cantik je dari tudung periuk tu. Tapi awat bila aku buat tak jadi pun. Huhuhu... So, rahsianya.. sila layari blog irsyahealthyhouse tu ok :-)

So, meh sini i nak share lagi resipi laksam yang sedap dan mudah ni. Resipi ni hasil mix and match dua blog ni. Ikut selera masing-masing lah yer.

Bahan-bahan laksam (untuk 3-4 orang makan... ikut perut la yer)
- 3 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 4 cawan air suam
- sedikit garam

Cara sediakan laksam ni pula, mudah jer.
- Campur semua bahan di atas, gaul sebati then ketepikan.
- Didihkan air dalam periuk kukus.
- Sediakan loyang, sapu sikit dengan minyak masak then masukkan adunan tadi dalam loyang. Oppss jangan masukkan semua sekali, masukkan sedikit demi sedikit. Setiap kali kukus masuk dalam 3 senduk camtu lah, ikut lah besar mana senduk korang guna. Yang penting jangan terlalu nipis or terlebih tebal pula. Agak boleh gulung jadi comey lotey macam orang jual tu ok lah tu. Hehe. Tapi aku yakin korang yang terror masak macam tukang masak istana ni kompem tahu punya lah kan camna nak buat.
- Then kukus lebih kurang dalam 5 minit then angkat.
- Lepas angkat loyang tu, bawa ke sinki then alirkan air bawah loyang tu. Jangan masuk air dalam bekas loyang tu pula, hancus laksam korang nanti. Bagi bekas tu sejuk supaya senang nak keluarkan and gulung laksam tu. Inilah petua ajaib yang aku dapat dari blog kakak manis tu. Memang tak melekat laksam tu i tell u. Very puas hati.
- Lepas tu gulung and letak la dalam pinggan.
- Ulang lagi proses yang sama sampai lah bancuhan tepung tadi habis.

Ok, now proses buat kuah pula. Actually before korang start proses mengukus laksam tu, korang masak lah kuah ni dulu. Sebab kalau korang dok pulun buat laksam tapi tak buat kuah lagi nanti lambat pula siap. Kuah tu bukan korang nak kena jaga selalu pun. Letak jer atas api kat dapur sebelah then biar dia masak. Mudah kan.. Jadi, mari lihat resipi kuah nya pula ^_^

Bahan-bahan kuah :-
- 3 ekor ikan kembung (aku guna 4 ekor sebab nampak slim nye ikan aku. 1st time siang ikan sendiri tau. Orang kt shopping complex kawan Doraemon tu tak nak tolong. Huh.. menci, penat iolls siang ikan ni. Jenuh belek baru siap.. Haha)
- 2 biji bawang merah sederhana besar
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit halia (aku ambil dalam 1/2 inci gitu)
- 1/2 sudu besar lada hitam ditumbuk halus
- Sedikit belacan
- 1/2 periuk Santan (aku guna 2 kotak kecil santan segera.. Hehe. Santan ikut banyak mana and selemak mana kuah korang nak okey)
- 2 keping asam gelugur
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa

Cara-cara masak pula:-
- Rebus ikan sampai masak. Then asingkan isi dan tulang. Air rebusan jangan buang sebab nak guna buat kuah.
- Then blend isi ikan together-gether dengan bawang merah, bawang putih, halia dan belacan. Guna balik air rebusan ikan tu untuk blend bahan-bahan ni. Tulang ikan pun aku blend juga lepas tu, lagi lemak engkau. Hehe. Tapi tapis ambil air nye je lah. Janganlah ambil tulang tu sama, kang ada yang masuk sepital sebab makan laksam.
- Lepas tu masukkan bahan-bahan yang dah di blend tu dalam periuk, masukkan santan, lada hitam dan balance air rebusan ikan tadi. Agak-agak kuah korang sikit, tambahlah santan and air sikit. Yang penting nampak lemak dan sedap.
- Bila dah mendidih masukkan lah garam, gula dan asam keping.
- Biar kuah mendidih sekejap lagi, agak-agak dah bau menarik menusuk hidung dan kalbu tu tutuplah api. So dah masak lah kuah laksam korang. Hoyeahhh !!!!!

Bila makan laksam, haruslah ada sambal dia juga kan. Nah cara-cara nak buat sambal dia pula. Mudah sesangat. Cayalah cakap den, Ni kan 1st time aku buat, so kalau aku kata mudah means mudah ler. Hehe.

Bahan-bahan sambal:-
- Cili merah
- Cili padi merah
- Belacan
- Asam limau
- Garam

Cara-cara:-
- Tumbuk semua bahan kecuali asam limau. Kalau malas tumbuk blend jer.. Hehe.
- Then bila semua bahan dah lumat perah air asam limau dalamnya then kacau sebati.
Mudah kan. Ala-ala buat sambal belacan. Selalu tengok Abah buat sambal belacan so tahu ler..

Kalau makan laksam haruslah ada ulam-ulamanya kan. Baru lah sodap dan maintain awet muda :-)
Untuk bahan-bahan ulam pula, ini yang normal orang letak la:-
- Timun
- Taugeh
- Kacang panjang

Kalau korang nak bagi meriah lagi laksam korang, letak la segala mak nenek ulam yang korang nak. Ikutlah selera anak tekak and perut masing-masing kan. So, dah siap laksam yang best, sedap dan simple ni.

Tara !!!!! Sedap kan.. lapar tak??? Teringin tak?? Hehehe...
Tapi kan, kalau ada lagi manusia yang super duper malas n tak gheti dari aku ni, haihhhh tak tahulah nak cakap camna. Korang pergi beli koeteow yong tau fu tu jer lah then balik masak sendiri kuah nya. Kalau lagi malas tahap gaban, ko pergi jerlah bazar Ramadhan then beli yang dah siap. Senang cita, tapi jangan dok complain pot pet pot pet tak sedap. Okeh.. syukur dengan setiap kurniaan Allah. Insaf kejap.. :-)

Ok.. selamat mencuba dan menjamu selera. Bolehla korang buat untuk buka puasa or raya nanti.


NASI KERABU KELANTAN POWER...DARI MAMA WAWA

NASI KERABU KELANTAN
      Nasi kerabu merupakan hidangan nasinya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu, solok lada dan ulam-ulaman lain.

      Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. 
Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Mari kita cuba resepi nasi kerabu yang sangat lazat ini...


NASI KERABU KELANTAN

Bahan-bahan-bahan Nasi
Nasi
1 Batang serai diketuk
Daun limau purut

Cara-cara:-
01.  Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. 

02.  Masukkan 1 batang serai ketuk dan sehelai daun limau purut.


Bahan-bahan Kuah Tumis:-
Santan (Mengikut selera kepekatannya)
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula 
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Secukup rasa Garam 

Cara-cara:-
01.  Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.

02.  Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak. 

Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

Bahan-bahan Sambal Kelapa:-
1 Ikan kembung - rebus & ambik isi
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula

Cara-caranya:-
01.  Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.  Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.

02.  Gaul rata, Masukkan garam dan gula.

Bahan Ulam ulaman:-
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh

-  Hiris halus kesemua ulam ulaman.

Bahan Sambal Cili:-
Cili padi
Cuka
Garam
Gula 

Cara-cara:-
01.  Tumbuk cili, cuka dan garam. 

02.  Tambahkan cuka.  Siap.

Bahan Solok Lada:-
3 ekor iakan kembong (rebus) 
7 biji cili hijau (cili solok) 
1 cawan kelapa parut (putih sahaja) 
3 camca besar kerisik 
4 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1/2 inci halia 
1/2 sudu teh lada hitam 
1 sudu teh garam 
1 camca besar gula 
1/2 cawan santan pekat. 

Cara-caranya:
1: Ikan dibuang tulang dan diambil isinya sahaja (tumbuk halus) 

2: Bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam ditumbuk halus 

3: Kelapa parut ditumbuk tapi jangan terlalu halus 

4: Gaulkan kesemua bahan-bahan yang ditumbuk tadi , masukkan gula, garam dan kerisik, gaul rata 

5: Cili dicuci dan dibelah sedikit untuk keluarkan bijinya 

6: Sumbatkan bahan bahan no:4 kedalam cili dan masak dengan 1/2 cawan santan pekat tadi sehingga santan tinggal sedikit tetapi jangan terlalu kering. 

Bahan Lauk pauk:-
Telur masin 
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar 
Daging goreng atau ayam goreng 
Keropok atau keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk 

CARA MENGHIDANG NASI KERABU KELANTAN

01.  Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.

02.  Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.

03.  Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.

Sumber; Blogger

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam 
 komen.


Di sedia oleh Mama wawaammardanish

dapur mama wawaammardanish

Pulut Kuning Berlapis Lagi Bertingkek..Suka-Suki Jer

BismillahirRahmanirRahim

Assalamualaikum...Jumaat yang mulia, semoga kita diberi banyak kelapangan untuk melakukan yang baik-baik dan indah-indah dalam hidup ini.   Allahumma Ameen.


Haisshh, baru gagahkan diri nak update jugak ni....tak tau la nape yang lemau sangat ntah laaa...jenguk blog sambil lewa je...hehehe.  Ok kali ni nak letak gambar je...xyah bagi resepi la kot, sekadar pulut kuning entah bila punya pun tak ingat, dah sebulan lepas dah kot....hehee... Ok, nak panaskan suasana dapur je yeaa...untuk cuci2 mata.  Kalau ada yang nak resepi pulut kuning, boleh search kat box tepi tu yeaa...insyaAllah, pernah kongsikan rasanya.  Cuba click Sini yea...



Sebenarnya saya suka makan pulut ni dgn sambal tumis ikan bilis lagi sedap kalau malas buat rendang...tp sebab malas jugak kaaan nak buat sambal dan sebab nak perabihkan serunding, nasib laaahh...layan je la dengan serunding yang adooo....hehe...